Wednesday, September 29, 2010

HUTAN PAYA BAKAU



Pokok bakau - akar jangkang
ikan belacak

SEMOGA BERJAYA!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog ini...

Murid-murid tingkatan 3 akan mula menghadapi PMR pada hari Selasa (05/10/2010) ini. Sehubungan itu, cikgu ingin mengucapkan selamat menghadapi PMR semoga kejayaan menyebelahi kamu semua...setelah berhempas pulas hampir 9 bulan.
Pada hari Rabu jangan lupa untuk membawa protector, compasess, benang atau jangka tolok dan kalkulator semasa menduduki peperiksaan Geografi nanti. Sebelum mula menjawab jangan lupa membaca Basmalah, berdoa, Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi.
Di sini cikgu nak berikan sedikit tips sebelum kamu masuk ke dewan atau bilik peperiksaan :-
1) Penjagaan Kesihatan - amalkan makanan seimbang, banyakkan meminum air, minum susu, air soya, madu lebah, kismis dan kacang bijak.
2) Waktu berehat/tidur - jangan tidur lewat pada malam peperiksaan - pastikan anda tidur secukupnya antara 5 hingga 6 jam.
3) Dalam dewan/bilik peperiksaan - Duduk dengan tenang, susun alat tulis, dengar arahan, baca arahan soalan dengan teliti, garis kunci soalan, bahagikan masa, tulisan yang kemas dan cantik, buat soalan yang mudah dahulu, sudah siap kembali ke soalan yang sukar, semak jawapan, kalau ada masa jangan tidur tetapi terus semak dan semak lagi.


PANIK!! APA YANG PERLU ANDA BUAT???????????
1) BERHENTI menjawab untuk SEKETIKA...
2) DUDUK tegak dan PEJAMkan mata
3) TARIK nafas dan LEPASkan melalui hidung( beberapa kali)
4) FOKUSkan fikiran
5) MULA menjawab dengan tenang... mulakan dengan BASMALAH DAN DOA!

PETUA MENEMBAK (AMARAN : JIKA BENAR-BENAR TIDAK TAHU SAHAJA SETELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA)
1) Selawat (3 kali)
2) Baca BASMALLAH
3) Mohon kepada ALLAH agar pilihan anda tepat!!

InsyaAllah doa yang telah disertai dengan usaha akan mendapat ganjarannya. Akhir kata daripada cikgu selamat menempuh peperiksaan dan cikgu doakan kejayaan kamu semua. Kejayaan kamu Kejayaan Kulaijaya!!!

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN (MEI) 2010

Murid-murid sekolah menengah daerah Kulaijaya sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada minggu ini dan minggu hadapan. Diucapkan selamat maju jaya kepada semua murid terutamanya murid-murid tingkatan 3. Semoga anda berjaya dengan cemerlang. Jangan lupa baca nota-nota yang cikgu sediakan untuk anda. Mudah-mudahan nota-nota ini akan membantu anda untuk menjawab soalan Geografi yang akan anda duduki pada hari Jumaat (4 Jun 2010) nanti.